Friday, 13 March 2015

Fakta Menarik Tentang Lebah

 Fakta menarik tentang lebah

  1. Lebah madu Afrika (Killer Bee) akan mengejar mangsa sejauh 1/4 batu atau lebih (kira-kira 400 meter)
  2. Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di bahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya
  3. Lebah menggunakan Matahari sebagai kompas. Walaupun Matahari dilitupi awan, ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit.
  4. Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia
  5. Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (kira-kira 20.92 – 24.24 kilometer sejam)
  6. Lebah mengembara sebanyak 1600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 auns madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu, lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi
  7. Lebah perlu pergi ke 2 juta kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu
  8. Sepanjang tempoh pengeluaran madu, jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja.
  9. Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40-45,000 ekor lebah. Jadi jangan kacau sarang lebah ye adik-adik.
  10. Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia.
  11. Suhu sarang lebah adalah sekitar 32-35°C (90-95°F)
  12. Permaisuri lebah mengeluarkan 2000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000 – 200,000 biji teluar setahun
  13. Setiap koloni lebah madu mempunyai bau masing-masing untuk tujuan pengenalan
  14. Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50 – 1000 kuntum bunga sehari, tetapi kadang-kala boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari.
  15. Lebah mengepakkan sayapnya kira-kira 11,500 kali seminit
  16. Lebah boleh berkomunikasi dengan lebah lain melalui tarian. Tarian mereka dapat memberitahu lebah lain tentang arah dan jarak dimana letaknya nektar dan debunga.
  17. 12 ekor lebah diperlukan untuk menghasilkan 1 sudu teh madu sepanjang hayatnya (1/12 bagi setiap ekor).
  18. Lebah mempunyai 4 sayap
  19. Otak lebah berbentuk bujut dan hanya bersaiz kira-kira seperti saiz sebiji bijan. Namun, ia mempunyai kemampuan yang luar biasa untuk belajar dan mengingati sesuatu. Ia juga mampu membuat perkiraan kompleks tentang jarak perjalanan untuk mengumpulkan madu lebah
  20. Anggaran 1100 sengatan lebah diperlukan untuk membawa maut
  21. Drone adalah lebah jantan yang lebih besar daripada lebah pekerja, ia tidak mempunyai sengat dan tidak berkerja. Satu-satunya tugas drone ini adalah untuk mengawan dengan permaisuri lebah. fuyoo
Hebat bukan kejadian Allah yang bernama lebah ini.

Ratusan Juta Al-Quran Disebar Ke Seluruh Dunia

Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan Al-Quran dengan pelbagai terjemahan bahasa ke seluruh dunia. Hingga Jun 2012, kompleks percetakan tersebut telah mengedarkan 255.834.022 mushaf Al-Quran.

Seperti dikutip arabnews, com, Selasa (7/8), sejak bulan Syaban 1433 H, kompleks percetakan telah mengedarkan 329. 766 mushaf Al-Quran yang terdiri atas 283.254 Al-Quran cetak berukuran konvensional, 39.000 Al-Quran bersaiz kecil, 1.346 Al-Quran berbentuk rakaman audio, 35.580 Al-Quran terjemahan dari pelbagai bahasa, dan 5.686 buku agama.
Setiap mushaf disalurkan melalui Jabatan urusan Islam, Wakaf, Bimbingan dan Nasihat, Pertubuhan Kerjasama Islam, Kementerian Keselamatan Sempadan, Muzium Sejarah di Riyadh.

Pengedaran juga dibantu lembaga dan organisasi di luar Arab Saudi seperti kedutaan besar Saudi, pejabat Saudi Press Agency, Jabatan Kehakiman di Bahrain, Pusat Pengajaran Bahasa Arab untuk non-Arab, Kuwait, Universiti Islam di Uganda, Dewan Tertinggi Muslim di Jerman, Sekolah Islam di Ghana, Pusat Kebudayaan Islam di Madrid, Persatuan Islam di Republik Tonga, dan urusan Islam jabatan di Malaysia.

Setiap tahun, kompleks percetakan ini menghabiskan berbilion-bilion riyal Saudi untuk menghasilkan dan pengedaran kitab suci. Penyebaran Al-Quran ini memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di seluruh dunia.

Rakyat Amerika Meninggal Dunia Dalam Kebangkrapan

Hampir satu dari dua warga Amerika Syarikat (AS) atau 46 peratus meninggal dunia tanpa mempunyai aset kewangan atau kurang dari 10 ribu dolar AS. Hal itu dapat dilihat di dalam kajian terbaru para profesor di bidang ekonomi di MIT, Dartmouth dan Harvard, Isnin (6/8).

Bahkan, 19 peratus warga AS meninggal tanpa mempunyai aset kewangan alias bankrap. Menurut kajian tersebut, sebahagian besar warga dengan aset terbatas itu menggantungkan hampir sebahagian besar hidupnya pada Jaminan Keselamatan Sosial. Mereka tidak mempunyai rumah dan berada dalam keadaan kesihatan yang buruk.
Warga yang sama sekali tidak mempunyai aset kewangan dan faedah hidup tahunan kurang dari 30 ribu dolar AS berada dalam keadaan kesihatan yang buruk. Sedangkan mereka yang mempunyai aset kewangan sekurang-kurangnya 25 ribu dolar AS dan faedah hidup tahunan antara 30-40 ribu dolar AS berada dalam urutan kesihatan ke-43 sebelum mereka akhirnya meninggal dunia.

Warga miskin AS cenderung meninggal pada usia muda. Sebahagian kerana mereka tidak mampu membayar kos kesihatan, menurut kajian tersebut. Sebelum meninggal, warga miskin mempunyai kualiti hidup yang sangat rendah berbanding warga di negara jirannya.

Banyak dari mereka yang meninggal tanpa mempunyai aset apapun hidup dari wang simpanan yang mereka punya. Sebahagian besar warga AS tidak menabung dengan baik. Penelitian oleh persatuan perkhidmatan perdagangan LIMRA menunjukkan setengahnya bahkan tidak mempunyai tabungan untuk bersara.

Orang muda cenderung tidak mempersiapkan dana pencen kerana kebanyakan tidak mempunyai pengetahuan kewangan yang cukup, pendapatan yang rendah dan terlibat pinjaman dana mahasiswa. Warga AS memerlukan satu juta dolar dana bersara untuk menghasilkan dana pencen 40 ribu dolar AS per tahun.

Siaran TV Percuma RTM dan MYTV Bakal Gugat Astro

Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang rungutan mengenai perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Kisah tak ada siaran ketika hujan dan juga bill mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sering kali terdengar khususnya di media sosial.

Itu belum lagi diperkatakan mengenai rancangan yang sama diulang beratus-ratus kali serta program hiburan yang adakalanya naik menyampah tengok, tetapi masih dihidangkan kepada pengguna. Malah sejak akhir-akhir ini, iklan komersial makin meriah walhal pengguna bukannya bayar yuran bulanan untuk melihat iklan.

Pihak Astro pula seolah-olah bermaharajalela berbuat apa saja terhadap pengguna demi mengaut keuntungan berjuta setiap bulan. Dimaklumkan, Astro mencatatkan keuntungan berbilion ringgit Malaysia setiap tahun hasil daripada lebih 3 juta pelanggan tetapnya.

Jangan dipersoalkan kenapa masyarakat masih memilih Astro jika tahu penyedia perkhidmatan berkenaan mempunyai rekod yang mengecewakan terhadap pelanggan dan juga siaran tv nya.., ia adalah kerana masyarakat tiada pilihan khususnya kawasan yang tidak ada liputan siaran televisyen. Maka sebab itulah Astro terpaksa dijadikan pilihan.

Kini dimaklumkan terdapat berita yang sangat melegakan kepada pelanggan yang tak berpuas hati dengan Astro. Dan apabila berita ini menjadi realiti, dijangka zaman kegemilangan 'kaut untung' Astro akan berakhir.

Jika dahulu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pilihan utama rakyat seluruh negara, kini zaman emas itu akan kembali lagi dengan program pendigitalan saluran rancangan stesyen penyiaran terbabit yang disahkan sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.

Ini umpama buku dengan ruas kepada syarikat Astro kerana selepas selepas program pendigitalan RTM, rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.

Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Malah, sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar Bukhary juga akan memberikan dekoder percuma kepada 2 Juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.

Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.

Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.

Inilah yang dikatakan bahawa Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya. Dan tak dapat dinafikan, sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary amat besar kepada rakyat Malaysia. Dan siapa dapat nafikan, bahawa hanya anak melayu seperti Syed Mokhtar sahaja yang dapat meneutralkan Taikun besar seperti Ananda Krishan?